Utusan 11 December 2008



Mereka pun nak cuba nasib
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDINfadzilah.bahar@utusan.com.my

Antara artis-artis yang mencuba nasib di sesi uji bakat OIAM yang diadakan baru-baru ini.
MEREKA semua sudah dikenali dengan genre muzik masing-masing. Cuma nasib dan tuah mereka sahaja yang berbeza. Ada yang diterima malah ada juga tidak berjaya mencuri hati khalayak peminat seni tempatan.

Lantas, demi sebuah kepuasan dan untuk menimba pengalaman yang berguna sebagai bekalan di masa depan, mereka sanggup mencuba nasib bagi merubah keadaan.

Meskipun ada yang sudah membina nama, masing-masing sanggup menebalkan muka untuk memasuki pertandingan realiti televisyen, One In A Million (OIAM).

Bukan mahu merebut wang ganjaran tersebut tetapi alasan kukuh mereka ialah mahu menimba pengalaman yang berharga daripada program popular itu.

Lantas kelima-lima mereka, Tomok, Abot, Pija, Amylea dan Siti Elizad mencuba nasib pada sesi uji bakat OIAM yang diadakan baru-baru ini.

Tunjuk muzik yang diminati – Amylea
Amylea menyertai pertandingan realiti popular, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga. Selepas AF, nama gadis berambut kerinting ini seakan-akan menyepi dan bakat seninya seperti dipinggirkan.

Kehadirannya di sesi uji bakat OIAM lalu juga berjaya menarik perhatian peserta lain. Menyedari akan situasi tersebut membuatkan Amylea kurang selesa.
“Apa yang membuatkan saya takut ialah sudah lama saya tidak sertai pertandingan. Ketika menyertai uji bakat AF dulu umur saya 19 tahun.

“Saya masih mentah dah tak faham sangat tentang muzik. Kini saya semakin dewasa dan sudah tahu apa itu muzik. Lantas OIAM merupakan platform untuk saya tonjolkan muzik yang saya minati,” kata Amylea lagi.

Peminat muzik R & B ini menjelaskan, kini dia bersedia untuk bersaing dengan yang lain demi memperjuangkan muzik yang diminatinya.

“Saya sudah ada arah tuju muzik. Kalau di AF dulu kita tak boleh uji diri kita kerana kita menyanyikan lagu-lagu yang diberi. “Tapi OIAM memberi peluang saya menguji diri sendiri menerusi lagu dan muzik kita. Saya teringin untuk tahu tahap mana kemampuan nyanyian saya,” jelas Amylea sambil memberitahu album sulung sudah siap dirakamkan dan hanya menunggu masa untuk diedarkan.

0 comments: