Artikel lain:
ABPBH 2006: Sorento idaman
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Serimah Mohd Sallehuddin 1 Feb 2007
Artis paling popular, pembaca bertuah bakal peroleh hadiah lumayan tajaan Naza Kia Sdn BhdSELAIN barang kemas sumbangan Habib Jewels yang bernilai RM150,000, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 juga akan memandu pulang sebuah kereta Naza Sorento 2.5 (A) bernilai RM143,000. Begitu juga pembaca bertuah Berita Harian yang menyertai peraduan akhir Undi & Menang juga layak memperoleh hadiah sedemikian.
Siapa artis bakal menerimanya, hanya akan diketahui pada malam Ahad ini apabila acara kemuncak anugerah yang memasuki edisi ke-20 tahun penganjurannya berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.Mungkinkah empat bintang baru yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular - Faizal, Akbar, Amylea dan Marsha adalah pemenangnya?
Undian peminat yang menentukannya. Siapa saja yang membawa pulang hadiah cukup lumayan itu, bukan persoalan utama bagi keempat-empat penyanyi popular ini. Bagi mereka, kesempatan untuk sama-sama memeriahkan acara berprestij itu saja sudah menjadi penghormatan yang tidak terhingga. Malah, kesudian penaja memberi hadiah Naza Sorento 2.5 (A) membuktikan pengiktirafan besar Naza Kia Sdn Bhd terhadap artis tanah air dan majlis anugerah paling berprestij ini.
Amylea“JIKA diikutkan kata hati sendiri, rasanya saya belum sampai ke tahap popular. Namun, undian peminat sehingga melayakkan saya turut melangkah ke Arena of Stars pada 4 Februari ini amat bererti. Saya sedar, ramai artis dicalonkan pada peringkat awal. Lalu, kejayaan ke Top 5 sudah cukup menggembirakan saya.“Apabila sudah berada pada senarai akhir, tentunya saya kini amat teruja untuk sama-sama memeriahkan acara hebat ini. Selain dapat berkumpul bersama rakan seperjuangan, kami juga dapat mendekati peminat yang datang memberikan sokongan. Apatah lagi ABPBH adalah acara yang memberikan hak kepada peminat membuat undian. Inilah juga masanya kita menghargai mereka. “Pencalonan saya ke peringkat akhir tidak ubah seperti terapi. Maklum saja, kami artis tidak sunyi daripada masalah. Lalu, acara seperti ini, serta kejayaan ke Top 5, membuatkan kita berasa gembira. Jadi, lupalah sekejap pada masalah yang membelenggu diri.
ABPBH menjadi acara untuk kita bersuka ria dan menghargai mereka yang sentiasa menyokong perjuangan kami.“Selain AF3, saya juga berasakan, pembabitan saya dalam kempen Mamee Slurrp... banyak membantu untuk meletakkan diri saya ke tahap ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan karier saya yang baru hendak bertapak ini.”
ABPBH 2006: 7,000 peminat serbu finalis
Oleh Zul Husni Abdul Hamid Gambar Oleh Zaharin Hayon - 29 January 2007
MERIAH: Artis dan selebriti yang mengikutijelajah promosi ABPBH 2006 di Shah Alam bergambar kenangan bersama wakil penganjurdan penaja, kelmarin.Jelajah promosi ABPBH 2006 capai kemuncak di Shah Alam kelmarinPETANG kelmarin menjadi saksi betapa siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 sememangnya dinantikan ramai peminat. Ia menemui kemuncaknya petang Sabtu lalu apabila lebih 7,000 peminat membanjiri setiap sudut ruang legar Plaza Alam Sentral, Shah Alam - destinasi terakhir selepas hampir sebulan kembara ABPBH 2006 menjelajah enam bandar utama di sekitar Semenanjung.
Malam kemuncak kian mendekati, debaran semakin dirasai. Tanggal 4 Februari atau Ahad ini akan menjadi kemuncak segala-galanya. Semua persoalan yang bermain dalam minda peminat dan artis akan terjawab dengan berlangsungnya ABPBH 2006 di Arena Of Stars, Genting Highlands, bermula jam 8.30 malam.Suasana tenang Plaza Alam Sentral kelmarin bertukar menjadi gamat apabila limpahan nama popular yang juga finalis ABPBH 2006 berkumpul untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih mereka kepada peminat atas sokongan yang diberikan selama ini.Tidak seperti tahun terdahulu, siri promosi terakhir ABPBH 2006 mencatat jumlah penonton yang luar biasa.
Ketika Hip dan sebahagian finalis ABPBH 2006 tiba sekitar jam 2 petang, segenap ruang di lokasi popular di Shah Alam itu sudah mula dibanjiri peminat dan keadaan bersesakan serta riuh bergema.Lebih 7,000 penonton datang, dari kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Jumlah kehadiran itu yang sudah cukup membuktikan betapa ABPBH 2006 yang kini menghitung hari untuk menyaksikan sejumlah lagi anak seni diiktiraf peminat adalah acara yang sangat ditunggu-tunggu.
Aksi artis baru turut menyerlahMOMENTUM persembahan semakin membara apabila nama baru yang sedang menyerlah di pentas seni suara turut diberi peluang membuat persembahan. Banyak nama baru yang menggunakan pentas ABPBH 2006 sebagai ruang untuk memperkenalkan bakat mereka.Kesempatan yang tidak wajar dilepaskan kerana menerusi siri promosi seperti ini, mereka dapat melihat sejauh mana kehadiran di persada seni diterima peminat. Sambutan mereka nyata tidak pernah mengecewakan.Bakat baru seperti Amylea, Leez, Akbar, Izwan Pilus dan Fazli Zainal masing-masing membuktikan mereka antara permata seni yang bakal memberikan cabaran pada masa akan datang.
Sebutir lagi pertama Akademi Fantasia (AF), Amylea turut memperkenalkan lagu terbarunya, Andai Kerna Pasti ciptaan komposer yang sedang melonjak namanya, Hazami.
Artis Redah BanjirOleh Nurulhisham Abdul Latiff -
17 January 2007Finalis dan penganjur ABPBH 2006 melawat pusat pemindahan dan sampaikan 200 kampit berasDALAM kemeriahan yang dirasa ketika mengikuti siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 di Johor, barisan finalis tidak lupa kepada peminat mereka yang berada dalam kesusahan apabila terbabit dalam bencana banjir besar di negeri itu.
Lalu, pada hari ketiga perjalanan, sebaik saja selesai mengadakan road tour di Terminal 1, Seremban, dan Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, artis terkenal Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Yassin, Faizal AF, Amylea, Felix, Farawahida, Nikki, Fazli Zainal, Akbar, Izwan Pilus, Khairil dan Keiran melawat bangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Putera, Ayer Hitam dan Kampung Parit Londang Darat.Rombongan promosi ABPBH ‘06 juga sempat menghulurkan bantuan berupa 200 kampit beras kepada mangsa, serta bungkusan gula-gula untuk kanak-kanak.
Sebelum itu mereka diberikan taklimat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semarang, Datuk Samsolbari Jamali.Selain melihat sendiri keadaan mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah ditenggelami air, finalis turut beramah mesra dan bertanya khabar bersama penghuni pusat pemindahan berkenaan. Mereka menghabiskan kira-kira dua jam di dua pusat pemindahan terbabit.Bagi mangsa banjir pula, kehadiran artis dan selebriti popular itu cukup bermakna.
Tatkala mereka berada dalam kerisauan mengenangkan harta benda yang musnah, mangsa banjir mengaku cukup gembira menerima lawatan barisan finalis berkenaan. Paling tidak, hilang seketika kesedihan dan kerisauan kami, kata seorang pak cik yang bergenang matanya.Selain warga tua dan dewasa, turut berada di pusat pemindahan berkenaan ialah puluhan kanak-kanak serta beberapa bayi yang baru berusia beberapa minggu. Di Ayer Hitam saja, lebih 11,000 mangsa dipindahkan setelah banjir melanda buat kali kedua dalam masa sebulan. Mereka ditempatkan di 32 pusat pemindahan.Bagi artis sendiri, pengalaman berkunjung ke pusat pemindahan dan melihat kawasan yang dilanda musibah itu, menyedarkan mereka betapa penderitaan mangsa seharusnya dikongsi bersama-sama seluruh rakyat Malaysia.Turut bersama ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Induk ABPBH 2006 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah.
Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
RINGANKAN BEBANAN: Hanizam menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali di pejabat Umno Bahagian Ayer Hitam, semalam.BATU PAHAT: Walaupun sibuk dengan siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH 2006), 18 finalis sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir di Johor.
Rombongan artis itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2006, Hanizam Abdullah, melawat kira-kira 200 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Putera, Ayer Hitam, semalam.Antara artis yang menyertai rombongan itu ialah Fadzli Zainal; Izwan Pilus; Akbar; Nikki; Amylea; Farrahwahida; Yassin Senario; Fauziah Ahmad Daud; Faizal AF4 serta dua penyampai Era, Khairil Rashid dan Kieran.Hanizam yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, berkata rombongan finalis ABPBH 2006 itu dibawa melihat sendiri banjir yang melanda Johor dan bagi menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan mangsa."Kami melakukan jelajah promosi ABPBH 2006 ketika ini dan kebetulan Johor dilanda banjir.
Sebagai tanda simpati dan sokongan terhadap mangsa, kami membawa sebahagian finalis ABPBH untuk menemui segelintir mangsa selain melihat sendiri beberapa kawasan yang dilanda bencana ini," katanya.Hanizam berkata, pada kunjungan sulung ke kawasan dilanda banjir itu, mereka menyerahkan lebih 200 kampit beras sumbangan Berita Harian untuk diagihkan kepada mangsa.
Promosi gamat - oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Meskipun banjir, peminat tetap meraikan finalis ABPBH 2006 di Pasir Gudang
MERIAH! Memang gamat acara siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 yang diadakan di Terminal 1, Seremban dan Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, masing-masing pada 13 dan 14 Januari lalu.Jika jumlah peminat yang menyerbu Terminal 1 mencecah 5,000 orang, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pula tidak kurang hebatnya apabila kira-kira 8,000 orang membanjiri setiap ruang di kompleks berkenaan.
Pendek kata, setiap kali acara road tour ABPBH kali ini diadakan, begitu ramai peminat yang tidak melepaskan peluang melihat dari dekat artis kesayangan mereka.Nyata sekali, keadaan banjir di beberapa kawasan di Johor dan hujan renyai yang turun tidak henti-henti, bukannya halangan untuk peminat datang menyokong finalis pilihan mereka.Road tour di Seremban pula mencatat sejarah tersendiri untuk tahun ini apabila lebih daripada 20 selebriti terkenal tanah air menyertainya, seterusnya menjadikan acara siri jelajah itu paling ramai dijayakan finalis dan selebriti sepanjang siri promosi ini diadakan.
Finalis yang turut serta pada acara berkenaan ialah Aznil Nawawi, Sheila Rusly, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor (Jac), Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Yassin, Fazli Zainal, Amylea, Felix, Akbar, Izwan Pilus, Kieran, Khairil Rashid, Ina Naim, Faizal AF4, Nikki, Farawahida, Nana dan Linda. Manakala Reza dan Zizi dari radio rasmi ABPBH kali ini, Era, tidak ketinggalan memeriahkan acara.Semua finalis kemudiannya menyambung perjalanan ke Johor Bahru selepas empat jam menghiburkan peminat di Seremban. Bagaimanapun anggota rombongan berkurangan empat finalis apabila Dayang, Jac, Nana dan Linda hanya menyertai agenda di Terminal 1.
Pada kedua-dua lokasi terbabit, peminat jelas terhibur dengan persembahan artis pujaan mereka. Lebih daripada itu, mereka turut berpeluang menaiki kenderaan Naza Kia bersama selebriti kesayangan, di samping membawa pulang pelbagai hadiah istimewa sumbangan Habib Jewels dan Berita Harian sendiri.Malah, tidak kurang yang mengambil kesempatan melawat gerai Habib Jewels, Edward Forrer Malaysia dan pameran kereta Naza Kia sepanjang acara dijalankan. Gerai cenderamata barangan eksklusif ABPBH kali ke-20 ini juga tidak putus-putus diserbu orang ramai.
Maklumlah, barangan yang dijual memang cantik dan menarik belaka.Turut bersama pada sesi jelajah itu ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Induk ABPBH 2006 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Ketua Unit Perhubungan Awam Habib Jewels Sdn Bhd, Yasheedah Yashaiya.Medan perdengar single terbaruSELAIN menjadi medan memperdengarkan lagu popular masing-masing, pentas siri jelajah ABPBH '06 juga menjadi gelanggang buat beberapa penyanyi memperkenalkan lagu baru mereka kepada peminat.
Begitupun, lagu terkenal seperti Harapan, Tanpamu, Cepat-Cepat, Seandainya Masih Ada Cinta, Ku Berserah, Caramu, Lihatlah dan Fantasi Cinta tetap kedengaran di dua lokasi terbabit.Amylea, umpamanya menyanyikan lagu baru berentak rancak ciptaan Hazami yang kini mula disiarkan di radio, Andai Kerna Pasti buat hiburan peminatnya.
Acara penuh ceria, gelak ketawa
SerembanTIDAK dinafikan, bukan kerja mudah untuk menarik perhatian penonton bagi sesebuah acara yang berlangsung sehingga empat jam lamanya. Namun, peminat di Seremban dan Johor Bahru memang mengagumkan apabila mereka setia menanti sehingga ke penghujung rancangan.
Penganjur amat berterima kasih buat mereka yang setia memberikan sokongan, biarpun sesetengahnya terpaksa mendukung anak kecil sepanjang acara. Kerana minat, mereka tidak mengeluh, tetapi turut ketawa riang bersama ribuan peminat yang datang.Kemeriahan dan keceriaan pada dua petang itu juga banyak dihadirkan pengacara sensasi negara, Aznil Nawawi dan Sheila Rusly.
Jelas sekali, dua bintang berbakat besar ini banyak menghidupkan suasana. Peminat bertuah tidak habis-habis dikenakan mereka, sebelum pulang dengan senyuman meleret apabila dapat bergambar dan menaiki kereta bersama artis kesayangan mereka.Kehangatan lebih lagi dirasa apabila pengacara dan pelakon itu disertai Ogy menyertai dalam acara catwalk! Acara itu memang mengundang sejuta gelak ketawa. Siapa yang tidak senak perut apabila melihat Aznil, Sheila dan Ogy mengajar cara berjalan di karpet merah kepada peminat mereka?
Kemunculan Yassin pula bagai menggamatkan lagi suasana. Tabik untuk mereka semua.Kepada peminat yang ingin mengetahui bagaimana mereka melakukannya, jangan lupa menyaksikan babak lebih hebat pada acara road tour di Mahkota Parade, Melaka, 21 Januari ini pula.
5,000 serbu finalis ABPBH - Oleh Mohd Amin Jalil
SEREMBAN: Program penjelajahan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 di Terminal One, di sini semalam mendapat sambutan hebat apabila lebih 5,000 peminat membanjiri kompleks beli-belah itu.Peminat teruja apabila berpeluang mendekati artis kesayangan dari dekat termasuk menyaksikan persembahan bermula dari jam 2 hingga 7 petang apabila mereka tidak berganjak dari kawasan pentas.
Antara artis yang mengadakan persembahan ialah Faizal AF4, Khairil Rashid, Kieran, Amylea, Azli Zainal, Nikki, Nana, Dayang Nurfaizah dan Jacklyn Victor.Selain persembahan artis, peminat pelbagai peringkat usia turut berpeluang bergambar bersama artis pilihan mereka di ruang khas yang disediakan penganjur, manakala orang ramai juga boleh membeli pelbagai cenderamata ekslusif anugerah itu.....................................................................................selanjutnya ....
18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
Penganjur, penaja hargai komitmen peminat, finalis dalam menjayakan siri penjelajahan ABPBH '06TERMINAL 1, Seremban dan Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru menjadi dua destinasi seterusnya siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ‘06 apabila sekumpulan artis yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pengacara TV dan penyampai radio menghala ke selatan tanah air pada esok dan Ahad ini.
Seramai 18 selebriti terkenal yang terdiri daripada 16 finalis ABPBH ‘06 serta dua penyampai dari Era (radio rasmi anugerah), Zizi dan Reza, akan muncul di Terminal 1 pada jam 3 petang, 13 Januari, manakala keesokannya, 14 Januari, pada waktu yang sama mereka akan bertandang di Kompleks Pasir Gudang pula.
Selain dua penyampai popular itu, barisan finalis yang mengikuti rombongan jelajah ke selatan ialah Sheila Rusly, Dayang Nurfaizah, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Aznil Nawawi, Faizal AF, Felix, Nana, Akbar, Ina Naim, Izwan Pilus, Khairil Rashid, Kieran, Yassin, Fazli Zainal, Nikki dan Amylea.Pengurus Pemasaran dan Promosi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), Mas Ayie Mas Omar, berkata dijangkakan lebih 5,000 pembaca Berita Harian (BH) dan peminat akan mengerumuni setiap lokasi berkenaan apabila artis terkenal itu membuat kemunculan pada acara hujung minggu ini, yang dijangka berlangsung selama empat jam..............................................................................................selanjutnya....
15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang - Oleh Farihad Shalla Mahmud
Finalis ABPBH 2006 sudah tidak sabar untuk bertemu peminat di Utara Semenanjung bermula esokSELEPAS menggegarkan Kuala Terengganu menerusi acara pembukaan siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 pada 22 dan 23 Disember lalu, kini acara sama bakal ‘menyerang’ Kedah dan Pulau Pinang, mulai esok.Acara promosi kali ini dijangka lebih meriah apabila ramai artis popular turun padang untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seni mereka. Bagi mereka yang berada di Kedah, luangkan masa anda ke Kompleks Plaza Jerai, Gurun esok mulai jam 2 petang kerana sebelum berkonvoi ke Pulau Pinang rombongan ABPBH 2006 akan singgah sebentar di sana.Kalau anda ingin beramah mesra dengan juara Akademi Fantasia musim keempat Faizal, Marsha AF, Amylea AF, Izwan Pilus, Farawahida, Fazli Zainal, Leez AF4, Ako Mustapha, Nikki, Khairil Rashid dan Kieran inilah masanya kerana mereka akan meluangkan masa dan menghiburkan peminat yang hadir di kompleks beli-belah itu. ..................................................../selanjutnya ....
Rantai RM200,000 buat juara
Artis redah banjir
Promosi gamat
Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
Acara penuh ceria, gelak ketawa
5,000 serbu finalis ABPBH
18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
Zahid berserah
Ruang mesra bersama artis
Meriah sakan
15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
Promosi meriah
Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
Jelajah ABPBH 2006 bermula
Sertai Gemilang Bersama Bintang
Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
Saingan sengit bermula
Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
Naza Sorento untuk artis, pembaca
ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
80 pencalonan ke final ABPBH 2006
Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
Pencalonan suntik semangat artis baru
Undi awal ABPBH 2006 mulai esok
0 comments:
Post a Comment